MEMBANGUN BERSAMA WAGHIH
Platform belia dari pelbagai latar belakang untuk berkongsi pendapat, mencipta perubahan, dan memimpin masa depan.
Dewan Waghih Negeri Sembilan 2026
Persidangan Dewan Waghih Negeri Sembilan (DWNS) ditubuhkan sebagai sebuah platform pembangunan kepimpinan dan advokasi belia yang mensimulasikan struktur serta proses legislatif di peringkat negeri. Ia bertujuan untuk melatih anak muda agar lebih peka terhadap isu masyarakat, memahami peranan institusi kerajaan, serta menyumbang pandangan secara berhemah dan berasaskan data dalam pembentukan dasar.
Persidangan Dewan Waghih Negeri Semilan akan dilaksanakan sebanyak dua (2) sesi setiap tahun dan setiap ahli Dewan Waghih Negeri Sembilan yang dilantik mewawkili DUN selama 1 penggal.
Objektif
Meningkatkan kesedaran belia terhadap isu masyarakat dan dasar kerajaan.
Menyediakan platform simulasi legislatif untuk pembentukan dasar belia.
Memupuk kerjasama strategik antara belia dan pemegang taruh.
Visi
Melahirkan barisan pemimpin belia Negeri Sembilan yang progresif, berkualiti dan bersedia memacu pembangunan negeri serta negara
Misi
Memperkasa belia Negeri Sembilan melalui latihan kepimpinan dan penyertaan aktif dalam proses pembuatan dasar.
Ahli Dewan Waghih Negeri Sembilan 2026
FAQs
-
DWNS terbuka kepada belia Negeri Sembilan berumur 16 hingga 30 tahun yang berminat dalam perbahasan, kepimpinan, dasar awam dan isu-isu semasa.
-
Ahli DWNS berperanan untuk:
Mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dan perbincangan
Mengemukakan pandangan dan cadangan berkaitan isu negeri
Menjadi suara perwakilan belia di platform rasmi
Menjunjung nilai integriti, disiplin dan adab berbahas
-
Antara aktiviti utama DWNS ialah:
Sesi perbahasan dan sidang dewan
Wacana intelektual dan forum dasar
Latihan kepimpinan dan komunikasi
Program libat urus bersama pembuat dasar dan pihak berkepentingan
-
Penyertaan dalam DWNS memberi peluang kepada belia untuk:
Meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan berbahas
Memahami proses tadbir urus dan dasar awam
Membina rangkaian kepimpinan belia
Menyumbang idea kepada pembangunan Negeri Sembilan
-
DWNS beroperasi di bawah Yayasan Negeri Sembilan sebagai badan penyelaras dan penaung utama.
-
Orang awam boleh mengikuti perkembangan DWNS melalui laman web rasmi serta saluran media sosial rasmi Dewan Waghih Negeri Sembilan.

